MISI & VISI

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
 
NILAI SEKOLAH


                                                                                      S : SAYANG

                                                                                      K : KREATIF

                                                                                      A : AKTIF
 
                                                                                      I : INOVASI

 

"BERILMU"

Sekolah Kebangsaan Ayer Itam berpegang kepada hasrat dan tekad untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai ciri-ciri unggul berteraskan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Di sekolah, guru dianggap sebagai gedung ilmu dan pemberi ilmu. Salah satu peranan dan tanggungjawab guru ialah memperkembangkan lagi potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan pelajar yang berbudaya ilmu. Dalam KBSR, pemupukan budaya ilmu diberi penekanan. Pola-pola utama yang ditanam di dalam diri pelajar ialah budaya belajar, budaya berfikir, dan budaya menulis.

Peranan pendidikan terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang berilmu dan berketerampilan memang tidak dipertikaikan. Pendidikan yang berakar kepada tradisi ilmu yang kukuh adalah diperlukan bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketarampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Jelaslah bahawa masyarakat berilmu merupakan teras kejayaan wawasan.
 
 
LAGU RASMI SEKOLAH

 

SKAI Kau Berjasa

Mendidik Kami Semua

SKAI Kau Pelita

Bina Hidup Jaya

Bertekun Usaha

Mencapai Cita

Demi Ibunda Tercinta

Tingkatkan Azam Di Dada

Untuk Bangsa Dan Agama

SKAI Kau Berjasa

Mendidik Kami semua

SKAI Kau Pelita

Bina Hidup Jaya (3 Kali)